BAB 2 : STRUKTUR ATOM
Jirim : Mempunyai jisim dan memenuhi ruang.Keadaan Jirim : 1)Pepejal
2)Cecair
3)Gas
TEORI KINETIK JIRIM
Sumber/Source : http://www.alearningfamily.com/main/wp-content/uploads/StatesMatterEdesignua.jpg
- Jirim terdiri daripada zarah yang halus dan diskrit
PEPEJAL : - Zarah tersusun rapat, padat dan teratur pada kedudukan tetap
- Terdapat sedikit ruang kosong antara zarah
- Zarah tidak bebab bergerak, hanya dapat berputar dan bergetar pada kedudukan tetap sahaja
- Daya tarikan antara zarah : Sangat Kuat
- Bentuk : Tetap
- Kebolehmampatan : Tidak dapat dimampatkan
CECAIR : - Zarah-zarah tersusun secara tidak teratur
- Terdapat ruang kosong antara zarah
- Zarah bergerak rawak dan kadangkala berlanggaran antara satu sama lain
- Daya tarikan antara zarah : Kurang kuat
- Bentuk : Mengikut bentuk bekas
- Kebolehmampatan : Sukar untuk dimampatkan
GAS : - Zarah-zarah tersusun secara tidak teratur dan terpisah daripada satu sama lain
- Zarah bergerak rawak dan berlanggaran antara satu sama lain
- Daya tarikan antara zarah : Sangat lemah
- Kebolehmampatan : Boleh Dimampatkan
*SEMAKIN TINGGI SUHU, SEMAKIN TINGGI TENAGA KINETIK ZARAH
Atom : Zarah yang paling ringkas(Unit asas jirim) contoh :Fe,Br,Li,K, dan lain-lain.
Molekul : Zarah yang terdiri daripada gabungan 2 atau lebih atom dalam suatu susunan tertentu melalui ikatan kimia.Contoh : H20(Air),H2SO4(Asid Sulfurik) HNO3(Asid Nitrik) dan lain-lain
Ion : Zarah yang terhasil daripada atom yang menerima atau kehilangan elektron. Contoh Fe3+, H+
K+,Ca2+ dan lain-lain
ZARAH SUBATOM
Source/Sumber : https://d2gne97vdumgn3.cloudfront.net/api/file/sdJfbExeQX6vGG7LPvgv |
-Terletak pada nukleus atom
- Cas relatif : +1
- Jisim :1
NEUTRON : - Zarah bercas neutral
- Terletak pada nukelus atom
- Cas relatif : 0
- Jisim relatif : 1
ELEKTRON : - Zarah bercas negatif
- Bergerak mengelilingi nukleus atom
- Cas relatif : -1
- Jisim relatif : 1/1840
PERWAKILAN PIAWAI
NOMBOR NUKLEON : Bilangan Proton + Bilangan Neutron
ISOTOP : Atom-atom unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang beberbeza.
Kegunaan Isotop : - Kobalt-60 untuk mebunuh sel-sel kanser(radioterapi)
- Karbon-14 untuk mengkaji usia artifak purba
- Uranium-235 sebagai senjata nuklear atau janakuasa tenaga nuklear
Source/Sumber : https://secondaryscience4all.files.wordpress.com/2014/07/electron_shell_020_calcium-svg-e1404334994707.png |
Petala 1 : 2
Petala 2: 8
Petala 3 : 8 atau 18
Petala 4 : 32